Salam Alykum wbt :)
Alhamdulillah #TweetUpStreetDakwah akhirnya dah ada official blog . Alhamdulillah dapat juga siapkan blog yang ringkas dan sederhana ini tapi In Shaa Allah padat dengan info dan dakwah yang ingin diperjuangkan . Entry yang sulung ni saya just nak update pasal pengenalan dan tujuan asal program ini .
Okay , mesti semua orang tertanya tanya apa itu #TweetUpStreetDakwah ? Ini fan page facebook ke ? Ini pengumpul followers dekat twitter ke ? Ini demonstrasi haram ke ? ini perhimpunan jalanan ke ? ini permainan politik ke ? Jawapan saya ialah la' "TIDAK !" . #TweetUpStreetDakwah merupakan satu program amal yang bertumpukan tentang isu #SaveSyria . Orang mesti cakap kenapa buat #SaveSyria je kenapa tak buat #SavePalestineSaveGaza sekali ? Memang permulaannya kitaorang nak buat #SavePalestineSaveSyria tapi abang penasihat dari Ikram Teens cakap dah ramai sangat orang tumpu pada #SavePalestine apa kata kita buat untuk #SaveSyria je . Bila difikirkan betul juga sebab sebenarnya ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kekejaman yang berlaku .Allahurabbi, Mungkin dengan program ini , dapat memberi kesedaran kepada orang luar . In Shaa Allah .
Ayat al-Qur'an :Kenapa letak nama program ni #TweetUpStreetDakwah ? Dia untuk pengguna twitter jeke ? dia untuk orang yang ada acc twitter jeke ? Okay , sebenarnya sasaran utama kami untuk program ini adalah untuk pendakwah pendawah di twitter . Kami ingin mengumpulkan mereka untuk saling berkongsi pendapat mengenai isu ini . Tapi sebenarnya orang yang tak ada twitter pun boleh join . Dia terbuka kepada semua muslimin dan muslimat . Tiada had umur dalam program ini tetapi kami lebih tekankan kepada anak muda . Adik- adik yang bawah 18 tu kalau nak join boleh tapi pastikan dapat kebenaran parents dulu . Ingat , "keredhaan ibu bapa itu merupakan keredhaan Allah SWT."
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu...
Tarikh dan tempat belum ditetapkan lagi tapi In Sha Allah kitaorang akan buat dalam masa cuti sekolah bulan march nanti dan tempatnya di Masjid Shah Allah . Disamping kita bergathering , kita juga dapat mengimarahkan masjid dan memupuk semangat cintakan Masjid . Alhamdulillah program ini telah diletakkan dibawah badan NGO Ikram Teens dan saya sendiri telah mengutarakan cadangan program ini untuk berkerjasama dengan Persatuan Pelajar Islam Selangor cawangan Shah Alam .Semoga Allah mempermudahkan segalanya .Kami telah bercadang melalui program ini kami ingin meletakkan slot slot seperti Sesi taaruf , usrah fillah , muhasabah diri bersama ustaz , bacaan yassin dan solat hajat untuk saudara kita di Syria , Palestine dan Gaza .
Jumaat ini saya dah para AJK akan turun ke Masjid Shah Alam untuk berbincang dengan lebih terperinci mengenai program ini . Segala maklumat akan diupdate kembali melalui , Twitter dan Facebook kitaorang . Sampai disini sahaja penulisan tinta saya . Jazakalahu khairan :)
Nota Tinta : Sesiapa yang ingin sponsor sebarang jenis makanan boleh contact saya di twitter saya sendiri @iYayayien . Sesiapa yang ingin join boleh PM saya dan @AmsyarShahril dan @SyamimBukhari , syukron !
No comments:
Post a Comment