Thursday 28 February 2013


Ayooh bersama memeriahkan forum perdana ini..!!

#Terkini@SYRIA

Hasbunallah...

Kanak-kanak yang ditahan oleh askar assad, dan dikembalikan kepada keluarganya di Jobar, Damsyiq dalam keadaan seperti ini.

Tak perlu kata-kata untuk menerangkan gambar ini...
Apa perasaan kita lihat gambar ni? Apatah lagi perasaan keluarganya yang menerima keadaan ahli keluarganya seperti ini???? Muslims, wake up!

Tuesday 26 February 2013

Dimanakah kita saat ini?

Bismillah..

Allahuakbar. Terima kasih kepada Syamim Bukhari kerana telah memberi saya peluang untuk berada dalam golongan ini. Alhamdulillah. Jazakallah ya Akhi. Moga Allah bantu kelancaran belog ini.

Maaf jika belog ini tidak seperti yang kalian semua minta. Saya cuma manusia biasa yang masih merangkang dalam bidang dakwah. Tetapi masih berpegang kepada satu: 'Kalau nak tunggu sempurna, jangan mimpi, keran manusia takkan pernah sempurna. Kalau nak tunggu baik, jangan mimpi kerana manusia takkan pernah baik.' Jadi mungkin ini setapak langkah saya untuk mula berjalan dan berlari di atas medan dakwah. Peace

Saya diminta untuk post something untuk ceria ceria belog ni. Hmm moga ini membantu. Sahabat saya, Syahirah, ada post di FB tentang komik ini. Mungkin dapat membantu.

SAHABAT, SAHABAT ISLAM DI SYRIA PERLUKAN KITA. 

MEREKA PERLUKAN KITA!

TAPI DISINI, KERAJAAN KITA? 

MENGAMBIL LANGKAH BERKECUALI?! 

MENGAPA? SAUDARA KITA PERLU BANTUAN KITA!

INI BUKAN LAGI MASALAH KERAJAAN MEREKA. 

INI TENTANG DEEN KITA. AGAMA KITA! 

BANGUN SAUDARA SAUDARA KU!

SAHABAT SAHABAT KU! 

Disini saya selitkan sedikit drama. Eh bukan komik, yang di tunjukkan oleh sahabat saya. Moga dapat membantu.





Semoga ini dapat membantu saudara kita.

Apa perasaan kita baca benda ni? Muslims, wake up!

I AM ALIVE NOW.
I WILL DIE SOON.
BUT I STILL WANT FREEDOM.
GOODBYE TO MY MOTHER. 

Admin: Kak K. Peace.

Monday 25 February 2013

#Draft Tentatif TweetUpStreetDakwah

Salam Alaik Ya Muslimin wa Muslimat .

Alhamdulillah , jumaat minggu lepas saya dah para crew Tweet Up Street Dakwah telah mengadakan meenting untuk kali yang ke2 yang bertempat di Masjid Shah Alam . Untuk sesi pengenalan Tweet Up Street Dakwah dibuat secara sederhana . Objektif utama kita adalah untuk kempen #SaveSyria . Memberi pengetahuan tentang kekejaman yang berlaku di Syria pada anak muda dan orang ramai . Lokasi Street Dakwah kita adalah shopping complex yang berhampiran . Kita akan berkumpul di masjid Shah Alam untuk sesi Taaruf , Briefing , Taklimat , Pembahagian kumpulan . Selepas solat jumaat kita akan bergerak beramai ramai berjalan kaki ke Shopping Complex .

Berkemungkinan #TweetUpStreetDakwah akan bergabung dengan FlashMob Syria . In Shaa Allah . Para peserta akan diberikan tag nama , buttons . Kitaorang akan membekalkan para peserta dengan flyers yang akan diedarkan untuk orang ramai . Ramai orang tanya bila tarikh event ni . Aasif kitaorang masih tak tetapkan tarikh tapi InshaaAllah dalam hujung bulan 3 or awal bulan 4 . Apa apa kitaorang akn update di Twitter , Page Fb dan blog kitaorang . Berikut merupakan tentatif program yang saya telah draftkan . Ini hanya sementara dan akan berlaku perubahan .


10.00 - 11.00 PAGI        :

  • PENDAFTARAN

11.00 - 1.15 TGH HARI :

  •  TAARUF , PENERANGAN TENTANG SYRIA DAN TWEET UP STREET DAKWAH, EDAR TAG NAMA DAN  BUTTON KEPADA PESERTA .
1.15 - 1.45 PETANG     :

  • SIAP SIAP UNTUK SOLAT DAN SOLAT ZOHOR 
1.45- 2.OO PETANG    :

  • PEMBAHAGIAN KUMPULAN  , TAKLIMAT RINGKAS , BERGERAK KE SHOPPING COMPLEX YANG BERHAMPIRAN 
2.00 - 5.00 PETANG     :

  • STREET DAKWAH , EDAR FLYERS SAMBIL BERDAKWAH KEPADA ANAK MUDA DAN ORANG RAMAI , JOIN FLASMOB KEJAP , BERGERAK PULANG KE MASJID SEMULA .
5.00-6.00 PETANG       :
  • SOLAT ASAR , PERKONGSIAN , UCAPAN PENUTUP DARI PENGARAH PROGRAM , MAKAN , BERSURAI .

Setakat ini hanya ini sahaja yang kami rancangan InShaaAllah sekiranya ada perubahan akan diupdate kembali .Sesiapa yang ingin sponsor apa apa jenis makanan boleh contact kitaorang di Twitter , Page Facebook dan account Twitter saya dah sahabat . Syukran Jazilan :)

Tuesday 19 February 2013

#Ahlan Wasahlan

Salam Alykum wbt :)



Alhamdulillah #TweetUpStreetDakwah akhirnya dah ada official blog . Alhamdulillah dapat juga siapkan blog yang ringkas dan sederhana ini tapi In Shaa Allah padat dengan  info dan dakwah yang ingin diperjuangkan . Entry yang sulung ni saya just nak update pasal pengenalan dan tujuan asal program ini .

Okay , mesti semua orang tertanya tanya apa itu #TweetUpStreetDakwah ? Ini fan page facebook ke ? Ini pengumpul followers dekat twitter ke ? Ini demonstrasi haram ke ? ini perhimpunan jalanan ke ? ini permainan politik ke ? Jawapan saya ialah la' "TIDAK !" . #TweetUpStreetDakwah merupakan satu program amal yang bertumpukan tentang isu #SaveSyria . Orang mesti cakap kenapa buat #SaveSyria je kenapa tak buat #SavePalestineSaveGaza sekali ? Memang permulaannya kitaorang nak buat #SavePalestineSaveSyria tapi abang penasihat dari Ikram Teens cakap dah ramai sangat orang tumpu pada #SavePalestine apa kata kita buat untuk #SaveSyria je . Bila difikirkan betul juga sebab sebenarnya ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kekejaman yang berlaku .Allahurabbi, Mungkin dengan program ini , dapat memberi kesedaran kepada orang luar . In Shaa Allah .
 Ayat al-Qur'an :
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu...
Kenapa letak nama program ni #TweetUpStreetDakwah ? Dia untuk pengguna twitter jeke ? dia untuk orang yang ada acc twitter jeke ? Okay , sebenarnya sasaran utama kami untuk program ini adalah untuk pendakwah pendawah di twitter . Kami ingin mengumpulkan mereka untuk saling berkongsi pendapat mengenai isu ini . Tapi sebenarnya orang yang tak ada twitter pun boleh join . Dia terbuka kepada semua muslimin dan muslimat . Tiada had umur dalam program ini tetapi kami lebih tekankan kepada anak muda . Adik- adik yang bawah 18 tu kalau nak join boleh tapi pastikan dapat kebenaran parents dulu . Ingat , "keredhaan ibu bapa itu merupakan keredhaan Allah SWT."

Tarikh dan tempat belum ditetapkan lagi tapi In Sha Allah kitaorang akan buat dalam masa cuti sekolah bulan march nanti dan tempatnya di Masjid Shah Allah . Disamping kita bergathering , kita juga dapat mengimarahkan masjid dan memupuk semangat cintakan Masjid . Alhamdulillah program ini telah diletakkan dibawah badan NGO Ikram Teens dan saya sendiri telah mengutarakan cadangan program ini untuk berkerjasama dengan Persatuan Pelajar Islam Selangor cawangan Shah Alam .Semoga Allah mempermudahkan segalanya .Kami telah bercadang melalui program ini kami ingin meletakkan slot slot seperti Sesi taaruf , usrah fillah , muhasabah diri bersama ustaz , bacaan yassin dan solat hajat untuk saudara kita di Syria , Palestine dan Gaza .

Jumaat ini saya dah para AJK akan turun ke Masjid Shah Alam untuk berbincang dengan lebih terperinci mengenai program ini . Segala maklumat akan diupdate kembali melalui , Twitter dan Facebook kitaorang . Sampai disini sahaja penulisan tinta saya . Jazakalahu khairan :)



Nota Tinta : Sesiapa yang ingin sponsor sebarang jenis makanan boleh contact saya di twitter saya sendiri @iYayayien . Sesiapa yang ingin join boleh PM saya dan @AmsyarShahril dan @SyamimBukhari , syukron !